NID 
Taman Kekal Pengeluaran Makanan
(TKPM)
Taman Kekal
Pengeluaran Makanan (TKPM) merupakan program yang bersifatkan
pengeluaran di samping dua program lain iaitu National
Feedlot Centre dan juga Ladang Kontrak. Dibangunkan di bawah
Projek New Agriculture Integrated Development.
Pelaksanaan
program ini akan mengambilkira kesemua aktiviti di sepanjang
rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat-khidmat
sokongan untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas
tuai yang merangkumi pusat pengumpulan dan pengedaran akan
disediakan.
Selain
itu, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan lain seperti kemudahan
kredit, perkhidmatan bantuan teknikal, kemudahan input
pembangunan dan pemasaran juga akan disediakan, seperti dalam
kerangka kerja sebelah.
..................................................................................
NID

Pembangunan
Usahawan
Industri Asas Tani
(IAT)
~ Agro-Enterpreneur
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai tiga (3) projek
high impact yang dipantau secara terus oleh Badan Bertindak
Pelaksanaan Negara (NITF) secara berkala. NITF
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Tiga HIPs yang
dimaksudkan adalah:
1. New
Agriculture Integrated Development
2.
Pembangunan Zon Industri Akuakultur
3.
Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani
Projek Pembangunan
Usahawan Industri Asas Tani bertujuan membangunkan enterprais
dan usahawan asas tani ke arah Pengusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Projek ini dijangka akan meningkatkan pendapatan pengusaha
melalui aktiviti nilai tambah sehingga sekurang-kurangnya
RM2,000 bersih sebulan dan disasarkan sebanyak 10,000 pengusaha
akan dilahirkan dalam tahun 2010 dengan menjana nilai sebanyak
RM2,461 billion, iaitu sebanyak RM4,100 sebulan/ pengusaha (pendapatan
kasar).
..................................................................................
NID

Ladang Kontrak | Contract Farming
Ladang
Kontrak merupakan program yang bersifatkan pengeluaran yang
ada hubungkait rapat dengan program Taman Kekal Pengeluaran
Makanan (TKPM) (tanaman komersial) dan National Feedlot
Centre (ternakan). Berlandaskan kerangka kerja yang sama
dengan program TKPM.
..................................................................................
|