mukasurat | page
1
2
3
|
|
PELAKSANAAN PROJEK MOA INC.
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS
TANI MALAYSIA
|
|
LATAR BELAKANG
1. Pelaksanaan projek-projek pembangunan
pertanian memerlukan sokongan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Penyediaan sumber manusia yang mahir,
sumber kewangan yang mencukupi,
infrastruktur dan teknologi terkini dari
peringkat awal penyediaan input,
pengeluaran, pengendalian sehingga
kepada pemasaran hasil-hasil dan
produk-produk pertanian dan juga
bahan-bahan makanan adalah amat penting
dalam usaha untuk menjaya dan memajukan
sektor ini. Sehubungan itu, pendekatan
pelaksanaan projek-projek pertanian
melalui kaedah MOA Inc. telah diperkenal
dan dilancarkan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23
Mac 2003.
OBJEKTIF
2. Objektif pelaksanaan projek-projek
secara MOA Inc. adalah untuk
meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian bagi mencapai matlamat
mentransformasi sektor pertanian dan
meningkatkan peranan Kerajaan dalam
menghadapi isu-isu, cabaran-cabaran dan
kehendak-kehendak sektor pertanian agar
berdaya saing untuk menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara secara
berterusan.
PENDEKATAN
3. Pelaksanaan projek-projek pembangunan
pertanian berasaskan konsep MOA Inc.
menggariskan penggemblengan seluruh
pemikiran, tenaga dan sumber manusia
daripada kesemua tiga Jabatan dan lapan
Agensi di bawah Kementerian untuk
memberikan khidmat kepakaran dan nasihat
yang terbaik bagi membantu golongan
sasar. Melalui pendekatan ini juga,
kesemua Jabatan dan Agensi tersebut akan
memberi perkhidmatan secara berpasukan
disemua peringkat pembangunan projek
seperti perancangan, pelaksanaan,
pengurusan, pemasaran, pemantauan dan
penilaian.
CIRI-CIRI PROJEK
4. Projek-projek yang dilaksanakan
berasaskan pendekatan MOA Inc. seperti
pengeluaran makanan, pemprosesan dan
agro-pelancongan hendaklah:
|
i. |
berdaya maju dan boleh
dilaksanakan secara berterusan; |
|
ii. |
mempunyai pelan perniagaan yang
boleh dilaksanakan; |
|
iii. |
mempunyai pelan pemasaran
melalui FAMA atau agen pemasaran
yang lain bagi menentukan hasil
dapat dipasarkan; |
|
iv. |
berasaskan saiz ekonomik dan
berkomersil sebagaimana
ditentukan oleh Agensi; |
|
v. |
diurus oleh seorang Pengurus
Projek; |
|
vi. |
menjurus kepada pensijilan
kualiti dan keselamatan makanan;
dan |
|
vii. |
menentukan pengusaha mempunyai
20% ekuiti sekiranya projek
dibiayai oleh bank. |
|
|
|
JENIS-JENIS DAN SAIZ PROJEK YANG
LAYAK MEMOHON
|
INDUSTRI |
SAIZ MINIMA |
|
TANAMAN |
|
1.
Sayur-sayuran
a. Sistem terbuka
b. Sistem fertigasi
|
4 hektar
1 hektar |
|
2.
Buah-buahan |
|
a. belimbing, betik, pisang, nenas
dan tembikai |
10
hektar |
|
b. Durian, rambutan, manggis
cempedak, nangka, duku/dokong,
ciku dan mangga |
20
hektar |
|
3.
Padi |
40
hektar |
|
4.
Bunga |
4
hektar |
|
5.
Kelapa |
40
hektar |
|
|
|
|
TERNAKAN |
|
|
1.
Lembu Integrasi |
100 ekor bibit betina |
|
2.
Lembu fidlot |
600 ekor/pusingan |
|
3.
Lembu susu |
50
ekor |
|
4.
Ayam daging (reban tertutup) |
50,000 ekor/ pusingan |
|
5.
Ayam telur |
50,000 ekor ayam |
|
6.
Kambing |
500 ekor bibit |
|
|
|
|
AKUAKULTUR |
|
|
1.
Kolam |
|
|
a. Udang Harimau |
i.
Keluasan kawasan 2 hektar |
|
b. Udang galah |
ii. Saiz kolam 0.4 ha seunit |
|
c. Ikan air tawar |
iii. 4 Kolam |
|
d. Ikan air laut |
|
|
2.
Sangkar |
|
|
a. Ikan laut |
i.
Keluasan 2500m |
|
b. Ikan air tawar |
ii. Saiz tangki 50m x 20m x
1.5cm |
|
3.
Tangki |
|
|
Ikan air tawar |
i.
Keluasan 1 ha |
|
|
ii. Saiz tangki 50m x 20m x
1.5cm |
|
|
iii.8 buah |
|
4.
Hatchery |
|
|
Udang laut/udang galah/Ikan
laut/ikan air tawar |
3
juta ekor |
|
|
|
|
PEMPROSESAN MAKANAN |
|
|
a. Berasaskan produk ternakan |
i.
Modal tetap minimum RM0.5 juta |
|
b. Berasaskan bijirin |
ii. Modal kerja pusingan
minima RM0.5 juta |
|
c. Berasaskan buah-buahandan
sayuran |
iii. Modul berbayar
minima RM1juta |
|
d. Berasaskan produk perikanan |
|
|
e. Berasaskan produk kelapa |
|
|
|
|
|
PERIKANAN TANGKAPAN |
|
|
a.
Jenis vesel |
Vessel tangkapan ikan Zon Cdan
ke atas termasuk tuna |
|
b. Bilangan vesel |
2
buah vesel |
|
c. Jenis milik |
Carter/pajak/sub pajak tempatan |
|
d. Pengkalan operasi |
Pengkalan utama
i. Tok Bali
ii. Kuantan, Pahang
iii. Batu Maung, P. Pinang
iv. Tg. Manis, Sarawak |
|
e. Pendaratan hasil |
Dalam negara |
|
f. Pekerja/krew |
Tempatan |
|
|
|
|
PRODUK PERIKANAN |
|
|
a.
Pemperosasan ikan |
Jumlah pelaburan minima
RM500,00
Bilangan pekerja minima 50 orang |
|