
Pembangunan
Usahawan
Industri Asas Tani
(IAT)
~ Agro-Enterpreneur
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai tiga (3) projek
high impact yang dipantau secara terus oleh Badan Bertindak
Pelaksanaan Negara (NITF) secara berkala. NITF
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Tiga HIPs yang
dimaksudkan adalah:
1. New
Agriculture Integrated Development
2. Pembangunan Zon
Industri Akuakultur
3. Pembangunan
Usahawan Industri Asas Tani
Projek Pembangunan
Usahawan Industri Asas Tani bertujuan membangunkan enterprais
dan usahawan asas tani ke arah Pengusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Projek ini dijangka akan meningkatkan pendapatan pengusaha
melalui aktiviti nilai tambah sehingga sekurang-kurangnya
RM2,000 bersih sebulan dan disasarkan sebanyak 10,000 pengusaha
akan dilahirkan dalam tahun 2010 dengan menjana nilai sebanyak
RM2,461 billion, iaitu sebanyak RM4,100 sebulan/pengusaha (pendapatan
kasar.
|