Intepretasi Logo Jabatan Pertanian
-
Bentukan DAUN-DAUN yang bersifat organik adalah merupakan imej yang membawa pengertian sumber asas bidang pertanian negara. Bentukan ini disusun selari bertujuan untuk membawa maksud keseimbangan dan perkembanganserta kemajuan bidang pertanian yang sedang giat dirancang oleh kerajaan untuk menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara.
-
Imej di bahagian tengah membawa pengertian BENIH yang baik bertujuan untuk melambangkan impian dan hasrat Jabatan Pertanian dan kerajaan untuk memajukan hasil pertanian negara serta meninggikan taraf kehidupan golongan petani ke satu tahap yang lebih baik dan berjaya.
-
Warna HIJAU bermaksud warna asas bidang pertanian. Ianya melambangkan pertambahan hasil pertanian melalui penggunaan kaedah pertanian berteknologi tinggi dan moden, serta kesungguhan kakitangan Jabatan Pertanian untuk mencapai matlamat, misi dan visi memartabatkan industri pertanian negara.