A- A A+
Announcement :
  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
  • Utama
  • Focus
  • Projek Berimpak Tinggi (HIP)
  • Ladang Kontrak

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

Ladang Kontrak

LADANG KONTRAK (di bawah seliaan FAMA)

Konsep ladang kontrak adalah memadankan pengeluaran hasil pertanian tanaman dengan permintaan dipasaran. Pelaksanaan program ini mengambil kira semua aktiviti yang berkaitan di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat-khidmat sokongan untuk menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai yang merangkumi pusat pengumpulan, pusat penggredan yang akan dibina dan disediakan.

Program ini dibangunkan melalui pengeluar yang bersetuju untuk mengeluarkan hasil atau produk yang berkualiti dari segi kuantiti, jenis, variasi, pembungkusan, gred, masa yang dipersetujui dan pasaran dijamin pada harga yang dipersetujui bersama. Projek ini juga menjamin bekalan yang berkualiti sentiasa berterusan untuk pembekalan kepada pelanggan tetap dan pada masa yang sama menjamin ruang pasaran pada peserta Ladang Kontrak. Pelbagai jenis perkhidmatan dan bantuan yang telah disediakan kepada peserta Ladang Kontrak bagi menjamin program berterusan dan tidak terganggu. Antaranya adalah kemudahan kredit, perkhidmatan bantuan teknikal, bantuan jentera, kemudahan input pembangunan dan pemasaran.

Dalam RMK-9, HIP-Ladang Kontrak mensasarkan penglibatan peserta seramai 25,689 orang dengan jumlah keluasan sebanyak 31,866 ha. Sehingga Julai 2009, Ladang Kontrak telah berjaya membangunkan seluas 20,208.5 ha kawasan dengan penglibatan peserta seramai 12,010 orang. Antara program HIP Ladang Kontrak yang telah berjaya dilancarkan sepanjang 2008 ialah:

1.Memperkenalkan Forward Agreement iaitu Perjanjian Jual Beli di antara FAMA dan petani pada 31 Disember,

2.Membangunkan 26 Pilot Project di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Pendekatan yang digunakan adalah mendokumentasi rekod ladang daripada setiap petani

3.Perjanjian MoU antara FAMA dengan FELDA yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada 17 Disember 2008.

Last Updated : Thursday 27 February 2025, 00:52:35

Â