TPKM
Matlamat TKPM ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kawasan pengeluaran makanan kekal dan melahirkan usahawan-usahawan di dalam sektor pertanian disamping untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pengeluaran makanan.
Konsep pelaksanaan TKPM ini memerlukan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi mewartakan tanah-tanah yang telah dikenal pasti sesuai untuk dibangunkan. Manakala Kerajaan Persekutuan pula berperanaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur asas bagi projek yang akan dibangunkan. Setelah melalui proses pewartaan, tanah akan disewakan kepada usahawan atau syarikat swasta bagi mengusahakan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran berskala komersil. Antara jenis tanaman yang diusahakan adalah sengkuang, cili, jagung, pitaya, tembikai, melon, tomato, nangka, betik dan banyak lagi.
Pencapaian setakat ini menunjukkan bahawa projek TKPM telah memperolehi hasil yang menggalakkan dan amat berpotensi untuk diperluaskan. Pengamalan teknologi perladangan yang digunakan dalam projek ini juga adalah yang terkini dan moden seiring dengan pelaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP). Projek ini juga mampu meningkatkan penglibatan usahawan baru dalam bidang pengeluaran tanaman. Selain itu, penglibatan daripada pihak swasta amatlah digalakkan untuk menjadi âanchor companyâ dalam program TKPM ini. Pusat penggumpulan/penggredan hasil juga dibangunkan bagi tujuan memudahkan hasil tanaman dikumpul dan dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mempunyai nilai kualiti yang lebih terjamin.
RMK- 9 mensasarkan 60 projek TKPM dibangunkan dengan keluasan seluas 5,594 ha. Nilai pengeluaran dan peserta yang disasarkan dalam program TKPM ini adalah 184,300 m.t dengan nilai RM 197 juta dan penglibatan 1000 peserta.
Sehingga Julai 2009, seluas 4,339 ha kawasan telah dibangunkan dengan seramai 800 peserta terlibat. Manakala sebanyak 110,000 m.t hasil pengeluaran yang bernilai RM 113 juta telah berjaya dipasarkan.

MAKLUMAT ASAS TKPM PERAK
Bil. |
Lokasi TKPLM |
Ditubuhkan |
Luas Fizikal (ha) |
Luas Dimajukan (ha) |
Jenis Tanaman |
1. |
Sungkai |
2001 |
420.00 |
157.30 |
Keledek dan |
Parlimen:Tg. Malim |
Sengkuang |
||||
ADUN : Sungkai |
|||||
2. |
Lekir |
2001 |
149.00 |
149.00 |
Sayuran,Mangga, |
Parlimen : Lumut |
Fertigasi dan |
||||
ADUN:Pasir Panjang |
Tembikai |
||||
3. |
SKC Slim |
2004 |
224.56 |
204.09 |
Sayuran |
Parlimen:Tg. Malim |
|||||
ADUN :Slim |
|||||
4. |
Gua Tempurung |
2006 |
90.62 |
40.47 |
Sayuran, Jagung, |
Parlimen : Kampar |
Pitaya, Betik |
||||
ADUN:Tualang Sekah |
|||||
5. |
TIti Gantong |
2004 |
66.02 |
51.64 |
Jagung, Sayuran, |
Parlimen : Parit |
Fertigasi |
||||
ADUN : Bota |
|||||
6. |
Puncak Baring |
2009 |
360.00 |
0.00 |
Baru terima |
Parlimen : Grik |
kelulusan MMK |
||||
ADUN : Temenggor |
pada 19.5.2009 |
||||
JUMLAH |
1,310.20 |
602.500 |








MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM
â˘Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
â˘Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti
â˘Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil
â˘Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan
â˘Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM
â˘Warga Negara Malaysia
â˘Peserta berpengalaman dan terlatih
â˘Mempunyai minat dan kesungguhan
â˘Mempunyai modal dan sanggup meminjam
â˘Mempunyai sikap âterbuka dan positifâ
Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.