Kawalan Racun Perosak
Bil | Soalan | Jawapan |
1. | Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak? | Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang di-gunakan dalam rumah. |
2. | Apakah Akta Racun Makhluk Perosak 1974? |
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai aspek yang berkaitan dengan racun makhluk perosak yang mana meliputi: - i) pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran permit ii) pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan iii) pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan persampelan hasil pertanian iv) menjalankan penyiasatan berkaitan dengan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun makhluk perosak v) penguatkuasaan undang-undang berkaitan vi) pengawalan iklan racun makhluk perosak di media massa vii) pengawalan label racun makhluk perosak melalui Peraturan Perlabelan viii) pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak. |
3. | Apakah objektif/matlamat Akta ini? |
Matlamat Akta adalah seperti berikut:- i) mengawal perkilangan, penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak di negara ini ii) memastikan racun makhluk perosak adalah berkesan sebagaimana didakwa pada label iii) mengawal pemalsuan racun makhluk perosak dari segi kandungan, kepekatan bahan aktif, kemujaraban serta lain-lain sifat yang terdapat pada sesuatu racun makhluk perosak iv) mengawal residu racun makhluk perosak dalam makanan untuk kegunaan tempatan dan juga untuk eksport v) mengawal bahaya racun makhluk perosak ke atas pengguna, pengendali, orang awam, ternakan, punca-punca air dan juga alam sekitar. |
4. | Apakah peruntukan-peruntukan yang telah dilaksanakan di bawah Akta ini? |
Peruntukan-peruntukan tersebut adalah: - i) Pendaftaran racun makhluk perosak ii) Pengeluaran permit mengimport racun makhluk perosak untuk tujuan penyelidikan pelajaran dan atau sebagai contoh atau piawaian cerakinan iii) Pemantauan residu dalam hasil pertanian iv) Penyiasatan ke atas kematian dan bencana racun makhluk perosak v) Pengawalan iklan makhluk perosak vi) Pengawalan pengendalian kawalan makhluk perosak vii) Pengawalan label racun makhluk perosak viii) pengawalan semburan udara racun makhluk perosak. |
5. | Apa dia pendaftaran racun makhluk perosak? | Ia adalah suatu skim untuk mendaftarkan racun makhluk perosak yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan di dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak. |
6. | Apakah tujuan pendaftaran ini dijalankan? |
Skim pendaftaran racun makhluk perosak adalah bertujuan menentukan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan seperti mana didakwa oleh pihak syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan peraturan penggunaanya dipatuhi. Pendaftaran juga bertujuan untuk memastikan racun makhluk perosak yang didapati di pasaran itu mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam perumusan-perumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-bekas yang sesuai dan berlabel. |
7. | ||