A- A A+
Announcement :
  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

Senarai Manual Kerja Tanaman

PENDAHULUAN

Manual Kerja Pengembangan Tanaman ini mengandungi maklumat ringkas tetapi praktikal mengenai amalan kerja harian dalam pengeluar komoditi tanaman ladang. Amalan kerja harian ini disediakan dalam bentuk jadual dan perlu dipatuhi dan diikuti sebelum dan selepas menanam sehingga ke peringkat penuaian hasil.

Manual ini penting sebagai panduan bagi memastikan prestasi tanaman yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki. Prestasi tanaman pula bergantung kepada perancangan dan amalan agronomi yang tersusun. Secara ringkasnya, manual ini menggariskan:

  • Gerak kerja pengeluaran yang perlu dilaksanakan mengikut hari.
  • Bahan input yang diperlukan (jenis dan kadar).
  • Standard kualiti atau indicator yang perlu dicapai bagi kerja yang bakal dilaksana.
  • Tindakan atau kaedah pelaksanakan kerja.

Manual ini disediakan dan diterbitkan sebagai bahan rujukan dan semakan aktiviti pengeluar yang mudah digunakan oleh semua Pegawai Pengembangan Jabatan Pertanian, terutamanya agen pelawat (visiting agent) dan Pegawai Penyelia Projek-Projek Utama Jabatan Pertanaian semasa membuat seliaan ke kawasan projek pertanian. Manual ini sesuai digunakan oleh para pengusaha tani bagi meningkatkan lagi produktiviti lading mereka.

Memandangkan manual ini disedia berdasarkan buku Pakej Teknologi Tanaman Keledek terbitan Jabatan Pertanian, pengguna manual ini dinasihatkan supaya membaca dan memahami buku Pakej Teknologi tersebut bagi mendapatkan maklumat menyeluruh aktiviti pengeluaran komoditi berkenaan.

Oleh kerana keadaan tanah, iklam, varieti dan corak pengurusan berbeza dari satu tempat dengan tempat dengan tempat yang lain, garis panduan dalam manual ini boleh diubahsuai atau ditingkatkan mengikut pengalaman dan penemuan pegawai/penguasaha yang melaksanakan.

 

SENARAI MANUAL TANAMAN

Last Updated : Thursday 27 February 2025, 00:52:35

Â