JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TUBUH PUSAT PROSES KOPI MELENGKAPKAN RANTAIAN PENGELUARAN KOPI PERAK
JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TUBUH PUSAT PROSES KOPI MELENGKAPKAN RANTAIAN PENGELUARAN KOPI PERAK
24 November 2025 | Isnin | Tapah
Kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Pemprosesan Kopi Perak bagi melengkapkan rantaian pengeluaran Kopi Perak.
Penubuhan Pusat Proses Kopi di Tapah telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Haji Harun bersama Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman.
Menurut YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly, Pusat Pemprosesan Kopi dibangunkan dengan kos RM100,00 dilengkapi dengan mesin dan peralatan pemprosesan utama termasuk Depulper, Husker, Dryer, Moisture Meter, Grading Machine, kemudahan rumah hijau, serta ruang operasi yang turut berfungsi sebagai One Stop Centre bagi sesi libat urus bersama petani dan usahawan.
“Pusat Pemprosesan Kopi Perak ini mempunyai kapasiti memproses 12 metrik tan setahun, sekali gus memudahkan petani menghantar biji kopi untuk pemprosesan dalam tempoh yang lebih singkat dan sistematik.
“Pusat ini akan mula beroperasi sepenuhnya bermula 1 Disember 2025. Petani dan usahawan dari seluruh negeri Perak serta negeri-negeri sekitar boleh menghantar biji kopi Liberica atau Robusta bagi diproses sehingga peringkat kopi beras.
Penubuhan pusat ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam melestarikan pembangunan industri kopi serta memperkukuhkan kedudukan Perak sebagai antara negeri pengeluar kopi Liberica yang berpotensi tinggi.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Puan Zuriana binti Ahmad, Kuasa-Kuasa Usaha Bahagian Teknikal, Ketua-Ketua Seksyen dan Pegawai-Pegawai Pertanian Daerah.










