Skim Persijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)
myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices / Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar, serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja. |
Objektif: Meningkatkan bilangan petani supaya mengamalkan amalan pertanian baik dan diberi pengiktirafan supaya menghasilkan pengeluaran ladang yang selamat dan berkualiti di samping memelihara alam sekitar serta menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja. |
Polisi Kualiti: Jabatan Pertanian komited dalam melaksanakan aktiviti Pensijilan secara telus dan saksama. Jabatan juga komited dalam memastikan pensijilan ini mematuhi standard yang telah digariskan pada Dokumen Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia. |
Maklumat lanjut myGAP