MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPK), HAKIM MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERAK, AHLI MAJLIS PERUNDANGAN MASJID SERTA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN PENDAPATAN
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK), Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak, Ahli Majlis Perundangan Masjid Serta Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Dan Pendapatan.
.
Seterusnya, baginda turut mengurniakan watikah pelantikan kepada YABhg. Yang DiPertua MAIPK, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak. Turut dikurniakan juga watikah berkenaan kepada Pengarah Pertanian Negeri Perak, YBrs. Puan Ts. Norsiyenti Othman untuk tahun kedua bersama 26 orang penerima yang lain.
.
Menjunjung kasih ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas perkenan pelantikan ini. Tahniah diucapkan kepada Pengarah Pertanian Negeri Perak di atas pelantikan ini.
.
Dalam majlis yang sama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada Majlis Perundangan Masjid dan Penyerahan Zakat Perniagaan Dan Pendapatan daripada syarikat-syarikat korporat bernilai RM18,400,115.12.
.
Turut hadir YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, YBhg. Mufti Negeri Perak, SS Dato’ Seri Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki Mahyudin dan YB Ahli- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.










