A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
  • Utama
  • Fokus
  • Info Penting
  • Insentif
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Insentif

Insentif Pertanian Akan Dikaji Semula

SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula pemberian insentif pertanian, di samping mencari cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Menterinya Datuk Noh Omar berkata ini kerana kerajaan berhasrat untuk memastikan setiap lapisan rakyat dapat merasai segala manfaat pemberian insentif itu.

"Kami juga akan mengkaji semula pemberian insentif ini mengikut golongan penternak yang berbeza. Kalau tidak, hanya mereka yang mempunyai syarikat besar sahaja yang akan mendapat faedahnya dan akan dapat banyak insentif ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di sini, Selasa.

Beliau berkata insentif pertanian diberikan kepada para peladang, penternak dan nelayan sewaktu harga minyak petrol naik dulu bagi menanggung beban mereka ekoran kenaikan harga bahan makanan haiwan, racun, baja dan sebagainya.

Sementara itu Noh berkata kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan beberapa projek di bawah projek berimpak tinggi untuk menjadi penggerak kepada pengeluaran makanan seperti sayur-sayuran dan ternakan.

Beliau berkata ia termasuk projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Ladang Kontrak, Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Feedlot Nasional (NFC) dan pembangunan 10,000 usahawan Industri Asas Tani.



-- BERNAMA

Kemaskini : Khamis 27 Februari 2025, 00:52:35.