Dr Pokok
Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?
Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:
- Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
- Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
- Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
- Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.
Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?
Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:
- Diagnostik Masalah Tanaman.
- Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
- Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
- Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
- Pembangunan Sumber Manusia.
- Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
- Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
- Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
- Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
- Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
- Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
- Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
- Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
- Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
- Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
- Khidmat Analisa Makmal.
- Pemasaran Hasil Pertanian.
- Maklumat Statistik Pertanian.
Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
- Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
- Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
- Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
- Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
- Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.
Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?
Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:
- Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
- Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
- Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
- Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
- Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian
Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?
Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:
Kaunter Klinik Pengembangan |
di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.
|
Kaunter Bergerak |
Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.
|
Kaunter Perkhidmatan On-Call |
Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini: ยท Putrajaya 03 - 8870 3000 ยท Johor 07 - 235 5506/07 ยท Melaka 06 - 232 4318 ยท Negeri Sembilan 06 - 765 9760 ยท Selangor 03 - 5544 5440 ยท Perak 05 - 254 1999 ยท Pulau Pinang 04 - 537 2144 ยท Kedah 04 - 777 5000/03 ยท Perlis 04 - 938 4466 ยท Pahang 09 - 573 3133 ยท Terengganu 09 - 627 4191/89 ยท Kelantan 09 - 744 2400 ยท Labuan 087 - 408 513/14
|
Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok |
Emel sahaja pertanyaan anda kepada : |