19 Februari 2014, Pusat Kemajuan Peladang Bagan Tiang-Parit Buntar, Program Kembali Ke Sawah Musim 1/2014 anjuran Pejabat Pertanian Kawasan Bagan Tiang-Parit Buntar telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Februari 2014 yang dihadiri oleh 80 orang petani.
Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai pengurusan padi berhasil tinggi serta peranan dan tanggungjawab petani sebagai pengguna air dalam sistem pengairan dan saliran sawah.
Program ini dimulai dengan bacaan yassin & doa selamat dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kerian serta dua sessi ceramah. Program ini berjaya mencapai metlamatnya bagi memberi pengetahuan mengenai pengurusan dan faktor yang mempengaruhi pengeluaran padi berhasil tinggi serta memberi kesedaran peranan dan tanggungjawab petani dalam pengurusan air di sawah.