A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

SEMINAR KOPI JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TAHUN 2025

SEMINAR KOPI JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TAHUN 2025 
21 Oktober 2025 | Selasa | Ipoh
Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman telah membentangkan Kertas Pertama dalam Seminar Kopi Jabatan Pertanian Negeri Perak Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Excelsior, Ipoh.
 
Kertas pembentangan ini memfokuskan kepada Prestasi Sektor Tanaman Makanan dan Industri Kopi Negeri Perak bagi memberikan gambaran menyeluruh kepada para peserta seminar yang terdiri daripada warga tani, usahawan serta pegawai pertanian.
 
Melalui pembentangan tersebut, Puan Ts. Norsiyenti menekankan peranan dan usaha Jabatan Pertanian dalam memperkukuh aktiviti pengembangan pertanian serta tumpuan terhadap pembangunan industri kopi di negeri Perak.
 
Antara aspek yang turut dibincangkan termasuklah isu semasa, cabaran, serta halatuju pembangunan Kopi Perak, bagi memastikan rantaian nilai pengeluaran dapat direalisasikan secara menyeluruh dari peringkat penanaman hingga ke pemasaran.
Kemaskini : Jumaat 24 Oktober 2025, 09:00:05.