28 Mei 2014, Hilir Perak, Hari Ladang dan Pelancaran Program Bertani Berjimat telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Teluk Intan, Perak. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Encik Sulaiman bin Hashim. Majlis telah dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak.






















