LAWATAN GABENOR WILAYAH YALA, THAILAND KE PUSAT URBAN FARMING NEGERI PERAK
19 November 2024 | Selasa | RTC Perak
Â
Puan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman menguruskan sesi lawatan bagi rombongan Lawatan Delegasi Yala, Thailand ke Pusat Urban Farming di RTC Gopeng Perak. Lawatan ini melibatkan seramai 23 orang yang diketuai oleh Gabenor Wilayah Yala iaitu Mr. Ampon Pongsuwan. Selain itu juga, delegasi turut melibatkan Persatuan Red Cross Yala yang diketuai oleh pengerusinya iaitu Mrs. Chaluai Pongsuwan merangkap isteri kepada Gabenor Wilayah Yala.
Â
Pusat Rujukan ini mengetengahkan teknik-teknik tanaman moden seperti Hydroponic,HLT, Aquaponic vertical dan pengunaan sistem solar yang menjadi pemakin teknologi pertanian bandar. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Pengarah bersama En. Mohamed Jauhari Bin Mohamed Jalil. Hadir sama, Orang Besar Jajahan Kampar, YDH. Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd. Fahmi, Pengarah Pertanian Negeri Perak, YBrs. Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, dan Puan Raudah binti Talib, Ketua Seksyen Pengembangan dan Transformasi Teknologi Pertanian.
Â