A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
  • Utama
  • Fokus
  • Projek Perdana
  • Bumi Hijau
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

Bumi Hijau

PROGRAM BUMI HIJAU (TANAMAN)


PENGENALAN

Program Bumi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi menggalakkan penduduk samada di bandar dan desa mengeluarkan sendiri sayur-sayuran didalam membantu meningkatkan bekalan sayur-sayuran seperti terkandung di dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan.


KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM BUMI HIJAU

Pelaksanaan Program Bumi Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani adalah lanjutan dari program Kempen Buku Hijau yang telah dilancarkan pada 13 Mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Program ini terdiri dari empat (4) komponen iaitu tanaman (bercucuk tanam), ternakan, akuakultur dan pembangunan sosial termasuk kebersihan sekeliling rumah.

Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan desa dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses. Penanaman sayur-sayuran akan dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambilkira konsep ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’, secara langsung akan memperindahkan landskap kawasan kediaman mereka.

Aktiviti yang dicadangkan meliputi tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran daun dan sayuran buah, herba, rempah ratus, ulam-ulaman, ternakan ikan dalam kanvas dan ternakan ayam kampung yang boleh dihasilkan secara berterusan. Program ini akan dilaksanakan secara individu atau keluarga dan secara kumpulan/komuniti atau institusi.


MATLAMAT PROGRAM BUMI HIJAU

Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Langkah ini diharap dapat meningkatkan bekalan bahan makanan negara disamping membendung kesan kenaikan kadar inflasi serta meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan.

Aktiviti program ini juga dapat mentransformasi landskap kawasan kediaman, terutamanya di persekitaran kawasan rumah supaya diselenggara dengan baik disamping menjadikannya indah/bersih. Tanaman-tanaman di sekeliling kawasan rumah juga akan terjaga dalam keadaan baik dan memberi pulangan hasil yang dapat menyumbang kepada memperbaiki ekonomi keluarga.

Program ini juga akan dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk negara mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan menerapkan amalan makanan dan pemakanan sihat. Di samping itu ia juga secara tak langsung dapat menyemai minat generasi muda terhadap bidang pertanian.

SIAPA YANG PATUT MENJAYAKAN PROGRAM BUMI HIJAU

Semua rakyat Malaysia, terutama kepada semua penduduk bandar dan luar bandar, di kawasan kampung atau taman perumahan.


PELAKSANAAN PROGRAM BUMI HIJAU

Di bawah program ini, Kit Program Bumi Hijau bernilai RM 32.00 yang mengandungi biji benih sayuran terpilih, peralatan kecil, baja serta risalah / selembaran yang mengandungi maklumat cara penanaman dan penjagaan tanaman sayur-sayuran sebagai panduan akan dibekalkan oleh Jabatan Pertanian. Kit ini akan disampaikan terus kepada penduduk tempatan melalui JKKK, perjumpaan di Balai Raya, Masjid, Pejabat Kerajaan serta tempat-tempat yang bersesuaian dan institusi yang akan dikenalpasti. Orang ramai boleh menyertai program ini;

  • Secara individu yang melibatkan peserta menanam di halaman rumah atau
  • Secara berkumpulan/komuniti (20 peserta/kumpulan) di kawasan tanah lapang di Kampung/Taman Perumahan (dengan kebenaran pihak berkuasa), Sekolah, Masjid dan sebagainya.

Peserta program mempunyai pilihan samada menanam di dalam polybeg, pasu atau di atas batas di mana bersesuaian.

Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Program Kempen Bumi Hijau di Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah. Jabatan Pertanian menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ini. Program ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bagi tanaman sayur-sayuran, Jabatan Perikanan bagi aktiviti akuakultur dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi aktiviti ternakan ayam kampung.

PERKHIDMATAN SOKONGAN

Jabatan Pertanian menyediakan:

  1. Khidmat nasihat teknikal dari segi penanaman dan penjagaan pokok
  2. Keperluan biji benih dan bahan tanaman
  3. Input-input lain yang bersesuaian


AKTIVITI / PERISTIWA

  1. Perasmian Program Bumi Hijau
  2. Artikel akhbar
  3. Kisah kejayaan


PEGAWAI PENGHUBUNG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

1. Cik Ku Asma binti Ku Sulaiman
Tel: 03 8870 3415
Faks: 03 8888 8319


2. Pn. Norhaina binti Abd. Ghani
Tel: 03 8870 3260
Faks: 03 8870 3220


3. Pn. Faranaz Azuan binti Yaakob
Tel: 03 8870 3257
Faks: 03 8870 3220


4. Pegawai penghubung negeri


Urusan surat menyurat:

Pengarah
Jabatan Pertanian
Bahagian Hortikultur
Aras 10, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4
62632 Putrajaya

Kemaskini : Khamis 27 Februari 2025, 00:52:35.