Hortikultur
| Bil | Soalan | Jawapan |
| Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) | ||
| 1. | Bagaimanakah hendak menyertai TKPM? | Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut. Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga. |
| 2. | Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera? | Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek). |
| 3. | Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama,adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta? | Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu. Peserta projek silih berganti oleh itu tapak projek tidak akan diberi hak milik. |
| Pusat Pengeluaran Benih Sayuran dan Tanaman Ladang | ||
| Soalan | Dimanakah boleh kami mendapatkan benih sayuran? Dan apakah jenis benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian? | |
| Jawapan |
Benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian serta pusat pengeluaran sayuran adalah seperti berikut: |
|
| Bil | Pusat Pengeluaran Benih | Jenis Tanaman |
| 1. | Stesyen Pembangunan Komoditi Titi Gantung, Perak | Jagung, Sengkuang |
| 2. | Stesyen Pembangunan Komoditi Serdang, Selangor | Benih Asas - Bendi, cili, Peria, Petola, Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis |
| 3. | Stesyen Pembangunan Komoditi Rompin, Pahang | Keledek, bendi, petola, kacang Panjang, kacang Buncis, timun |
| 4. | Stesyen Pembangunan Komoditi IPRS Pontian, Johor | Keledek, Ubi Kayu |
| 5. | Stesyen Pembangunan Komoditi Melor, Lundang Kelantan | Bendi, Petola, Keledek, Ubi Kayu |
| 6. | Stesyen Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Padang Ipoh, Terengganu | Jagung, Bendi, petola, kacang Panjang , kacang Buncis, cili, timun,Keledek |
| 7. | Stesyen Pembangunan Komoditi Pulau Gadong, Melaka | Bayam |










