A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
Demo

Keratan Akhbar
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

designdesign

KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI DAERAH KERIAN 2013.

02 Januari 2014, Bangunan K-Edar, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan - Karnival Indutri Asas Tani Daerah Kerian 2013 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari mulai 12-13 Disember 2013 yang lalu dengan kehadiran 827 orang pengunjung. Diantara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mempromosi pengusaha-pengusaha IAT dan produk-produk yang dihasilkan kepada pengunjung dan orang awam,

Majlis ini dilaksana dengan kerjasama yang erat dari Kumpulan Pengembangan Wanita Bagan Serai dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bagan Bagan Serai, Yang Berhormat Dr. Hj. Noor Zami b. Ghazali. Diantara pengisian majlis ini termasuklah pameran Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, TEKUN, Bank Muammalat, Agrobank, FAMA dan Pejabat Pertanian Daerah.

Bagi tujuan mempromosi dan menjana pendapatan pengusaha IAT, Pejabt ini telah menyediakan ruang gerai dan pameran jualan produk dan telah berjaya mengumpul nilai jualan sebanyak hampir RM15,000.00 dalam tempoh 2 hari berkenaan.

Bagi tujuan pemindahan teknologi memproses IAT kepada pengunjung dan orang awam, Pejabat ini telah mengadakan demontrasi ' Membuat Jus Kordial Tropika' dan Membuat Baja Bioorganik Berasaskan Sisa Dapur'

Majlis ini turut dimeriahkan dengan beberapa pertandingan antaranya pertandingan Gubahan/Lipatan Kain, pertandingan Mewarna Bagi Kanak-Kanak, pertandingan Mengukur Buah Kelapa, pertandingan Memasak Gulai Ikan Puyu yang bertujuan mengukuhkan silaturrahim antara golongan sasar dan orang awam dengan warga Pejabat Pertanian Daerah Kerian

Majlis ini disempurnakan penutupnya oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Dato' Sham bin Mat Sahat pada hari kedua 13.12.2013 dengan acara penyampaian hadiah pertandingan dan seterusnya disusuli dengan lawatan ke gerai-gerai pameran dan jualan.

Â

Â

Pautan

MYGovernmentMOAMAMPUSUK PerakJabatan Pertanianrakanagro

Imbas Kod QR

qr

 

Statistik Pelawat

Hari Ini 13

Semalam 42

Minggu Ini 243

Bulan Ini 523

Jumlah Pelawat 705188

Hubungi Kami

Jabatan Pertanian Negeri Perak
Tingkat 6, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Telefon : 05-242 6176 / 05-254 1999
Faks : 05-242 6177 / 05-255 5324
Emel : doaperak[at]doa[dot]gov[dot]my

Kemaskini : Khamis 27 Februari 2025, 00:52:35.