26 Februari 2014, Pusat Kemajuan Peladang Selinsing-Semanggal, Kursus Pengurusan Perosak & Penyakit Musim 1/2014 dengan kerjasama Bahagian IADA Kerian telah dijalankan pada 21 Januari 2014 bertempat di PKP Selinsing-Semanggol dengan kehadiran 63 oarang pegawai termasuk pegawai dari Bahagian Pertanian, IADA Kerian, Pertubuhan Peladang Kawasan,Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Kerian.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai pengurusan padi angin, dan peramalan perosak & penyakit padi antaranya serangga bena perang, pelbagai jenis ulat, penyakit karah, hawar daun bakteria, siput gondang pomacea dan sebagainya,
Kursus ini dimulai dengan ceramah pertama 'Kawalan Padi Angin Menggunakan Clearfield Production System & Kesan Penggunaannya' oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Perosak & Penyakit Padi, MARDi dan disusuli ceramah kedua 'Peramalan Perosak & Penyakit Tanaman Padi Musim 1/2014 oleh En. Alias bin Ali, Penolong Pegawai Pertanian KUP, Unit Biosekuriti Tumbuhan, Parit Buntar.
Kursus ini berjaya memberi pengetahuan, kefahaman mengenai pengurusan padi angin dan ramalan ancaman perosak dan penyakit padi utama di Kerian pada musim akan datang kepada agen pengembangan blok dan pegawai teknikal IADA Kerian serta pegawai dari lain-lain agensi dibawah Kementerian & Industri Asas Tani