21 MAC 2014 (Jumaat) - Bota/Lambor, Majlis Penyerahan Bantuan Azam Tani & Kupon Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih Peringkat Daerah Perak Tengah telah berlangsung di Pejabat Pertanian Kawasan Bota/Lambor. Majlis ini telah dihadiri seramai 60 orang, terdiri daripada peserta-peserta Azam Tani dan penerima Kupon Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih Daerah Perak Tengah.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Ainul Jamal bin Zainal Abidin, APK Bota/Lambor. Seterusnya ucapan dan taklimat penerangan dari En Hisyam bin Yacob, Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah dan diikuti ucapan dari wakil Pengarah Pertanian Negeri Perak, En Meor Shahimudin bin Hj Hasim, Timbalan Pengarah(Operasi/Pembangunan). Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Surat Aku Janji (Perjanjian) Azam Tani, penyampaian bantuan Azam Tani (Geran & Kunci) dan Kupon Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih Peringkat Daerah Perak Tengah. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.

Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit.
Â

Sebahagian para peserta Azam Tani Daerah Perak Tengah sedang mendengar taklimat yang diberikan.
Â

Salah seorang peserta Azam Tani menandatangani Surat Aku Janji (Perjanjian) Azam Tani, disaksikan oleh YBhg Dato Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan.
Â

Sesi penyerahan bantuan Azam Tani kepada salah seorang peserta Azam Tani Daerah Perak Tengah.
Â

Sesi penyerahan Kupon Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih kepada salah seorang penerima bantuan tersebut.
Â

YBhg Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan bergambar bersama-sama dengan para peserta penerima Bantuan Azam Tani dan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih Daerah Perak Tengah.