A- A A+

Hebahan :

  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
Demo

Keratan Akhbar
helper Fungsi DB melaporkan tiada ralat

Jumlah Undian:
Demo

Tinjauan

 

a) Akta Racun Makluk Perosak 1974

- pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan
- pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpanan racun perosak untuk jualan
- pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilang untuk jualan
- kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara
- kelulusan pengiklanan racun perosak

b) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

- pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisasi / mikroorganisma
- pengeluaran Sijil Fitosanitasi bagi tumbuh-tumbuhan dan komoditi pertanian untuk dieksport
- kuarantin lepas masuk

c) Akta Perlindungan Varieti Baru 2004 (Akta 634)

- memberi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baru tubuhan yang dicipta

- memberi pengiktirafan dan perlindungan ke atas sumbangan petani, masyarakat setempat dan pribumi
terhadap pewujudan varieti baru

- menggalakkan pelaburan pembangunan pembiakan varieti baru

d) Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit

- Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport(1988): pengeluaran lesen eksport bagi tumbuh-tumbuhan
- Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies-spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar yang Terancam
Pupus (CITES)
- pengeluaran permit CITES bagi tumbuh-tumbuhan liar yang terancam pupus untuk dieksport

Khidmat Sokongan Teknikal

a) Pendaftaran kultivar tanaman buah-buahan
b) Pengeluaran dan jualan benih tanaman
c) Pengawasan dan ramalan serangga perosak tanaman
d) Khidmat diagnostik/nasihat untuk kawalan perosak & penyakit tanaman
e) Identifikasi spesimen serangga dan rumpai
f) Siasatan tanah (separa lengkap dan lengkap) termasuk pengesahan kesesuaian tanah untuk tanaman
g) Kajian kebolehhakisan tanah dan kajian hidrologi

h) Pengeluaran dan jualan peta terdiri daripada peta tanah, peta kesesuaian tanah, peta gunatanah (termasuk
peta gunatanah terkini daripada satellite dan remote sensing bagi projek spesifik) dan peta risiko hakisan tanah

i) Perkhidmatan makmal
- ujian biji benih
- analisis daun untuk mengesan penyakit virus tanaman
- analisis daun dan baja untuk unsur-unsur makro/mikro
- analisis tanah untuk maklumat ciri-ciri fizikal dan kimia
- analisis air untuk makro,pG,konduktiviti jumlah pepejal larut

j) Makanan statistik pertanian
- perangkaan keluasan tanaman Semenanjung Malaysia
- perangkaan padi

Perkhidmatan Persijilan Kualiti

Memberi khidmat persijilan kualiti ke atas sistem pengeluaran tanaman berkualiti seperti :-


a) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

    mengiktiraf ladang dan kebun yang mengamalkan amalan pertanian baik yang menghasilkan produk berkualiti,
    selamat dan sesuai untuk dimakan.

b) Skim Organik Malaysia

    mengiktiraf ladang dan kebun yang mengusahakan tanaman mengikut piawaian organik negara MS 1529
    dengan mengeluarkan label logo 'Organik Malaysia'.

Kursus dan latihan dalam bidang pertanian kepada belia-belia yang berminat dalam bidang pertanian adalah seperti berikut:-

a)Latihan Sijil Pertanian

- latihan bagi melahir tenaga mahir pertanian di peringkat operasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
di Sektor Kerajaan dan Swasta

- melahirkan bakal usahawan pertanian terlatih.

b)Pusat Inkubator Pertanian

- Memberi latihan kemahiran dan pendedahan operasi pengeluaran pertanian secara komersil selama 8 bulan
kepada usahawan tani

c)Pusat Bimbingan Usahawan(Pemprosesan Makanan)

-
menjalankan kursus teknikal dan hands-on dalam pemprosesan dan pengeluaran produk makanan bermutu
secara komersil yang menepati amalan pengilangan yang baik (GMP), amalan kebersihan yang baik (GHP)
selama 8 bulan.

a) Kajikan daya maju projek

b) Kesesuaian tanah dan agroiklim bagi pelbagai tanaman

c) Pakej teknologi bagi pengeluaran tanaman-tanaman makanan dan industri meliputi:-

-agronomi tanaman dan lepas tuai komoditi pertanian
- sistem pengairan ladang dan kejenteraan ladang
- kawalan dan pengurusan perosak dan penyakit tanaman

d) Pembangunan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian

e) Pembangunan tapak semaian bagi pengeluaran benih tanaman buah-buahan, koko, kopi, kelapa,
bunga-bungaan dan tanaman hiasan

f) Teknologi pembiakan biji benih bagi biji benih padi, sayur-sayuran dan tanaman-tanaman kontan lain.

g) Pemuliharaan tanah di kawasan pertanian berdasarkan garis panduan pembangunan pertaniandi kawasan tanah cerun.

h) Pelancongan dalam pertanian.

Pautan

MYGovernmentMOAMAMPUSUK PerakJabatan Pertanianrakanagro

Imbas Kod QR

qr

 

Statistik Pelawat

Hari Ini 8

Semalam 42

Minggu Ini 238

Bulan Ini 518

Jumlah Pelawat 705183

Hubungi Kami

Jabatan Pertanian Negeri Perak
Tingkat 6, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Telefon : 05-242 6176 / 05-254 1999
Faks : 05-242 6177 / 05-255 5324
Emel : doaperak[at]doa[dot]gov[dot]my

Kemaskini : Khamis 27 Februari 2025, 00:52:35.