A- A A+
Announcement :
  • img2
    Soalan Lazim
  • img1
  • img3
    Hubungi Kami
  • img1
  • img4
    Aduan & Maklum Balas
  • img1
  • img5
    Peta Laman
Demo

Newspaper Cutting

Are you satisfied with the quality of complaints management of our department?

Very satisfied - 0%
Unsatisfied - 0%

Total votes: 0
The voting for this poll has ended on: %31 %12 %2016 - %00:%December
Demo

Poll

 

25 Jun 2014, Simpang Tiga, Parit Buntar, Hari Ladang Daerah Kerian 2014. Hari Ladang merupakan acara tahunan Jabatan Pertanian sebagai salah satu metodologi pengembangan yang bertujuan untuk menghebahkan program dan aktiviti Jabatan kepada pelanggan.

Hari Ladang Daerah Kerian 2014 yang berlangsung selama 3 hari pada 10-12 Jun 2014 bertempat di Pejabat Pertanian Kerian bermatlamat untuk mempergiatkan pemindahan teknologi pertanian kepada pelanggan, mengiktirafkan peranan dan komitmen petani dan pegawai kearah peningkatan produktiviti hasil pertanian serta mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik antara Jabatan Pertanian dengan agensi kerajaan & swasta, pemimpin tempatan seterusnya pelanggan Jabatan.

Hari Ladang Daerah Kerian 2014 yang bertemakan 'Jom Bertani' yang menyeru rakyat tanam apa yang dimakan,makan apa yang ditanam dan selebihnya dijual telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Daerah Kerian, En Abd. Hadi bin Mohd. Shuhaimi dan turut dihadiri oleh Pengarah Pertanian Negeri Perak yang baru En. Zabidi bin Dun turut memberi ucapan aluan serta dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Daerah Kerian, pegawai-pegawai Jabatan Pertanian, pemimpin-pemimpin politik, Pengerusi-Pengerusi JKKKK serta orang ramai dan pelangan Jabatan. Program Hari Ladang Daerah Kerian 2014 telah berlangsung dengan jayanya dengan menarik seramai 1,415 orang pengunjung berdaftar yang dihadiri sepanjang tiga hari berkenaan.

design

design

26 Mac 2014, Tapak Semaian Sitt Heng, Batu Lima, Kuala Kurau,Hari Bendang Malaysia 2014 Peringkat Daerah Kerian telah berlangsung dengan jayanya pada 7-9 Mac 2014 anjuran Kelab Usahawantani Malaysia (KUAT) dibawah naungan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

Hari Bendang Malaysia 2014 peringkat Daerah Kerian telah disempurnakan oleh Y.Berbahagia Dato' Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan dihadiri oleh pemimpin tempatan, Ketua Jabatan & Swasta dan para petani, peladang, usahawantani serta orang ramai.

Pihak Jabatan Pertanian Daerah Kerian terlibat menyertai booth pameran serta Seminar Industri Padi. Hari Bendang Malaysia 201 peringkat Daerah Kerian yang belangsung selama 3 hari ini telah berjaya menarik para pengunjung sekitar Kerian dan luar Daerah Kerian seramai 5000 orang.

Â

03 Mac 2014, Daerah Hulu Perak & Kuala Kangsar, Lawatan Belajar Pegawai ke Projek Ternakan Lebah Kelulut telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 17 orang pegawai dan agen pengembangan blok Daerah Kerian. Antara lokasi yang dilawati adalah di ladang Humaira Agriculture, Kg. Luat, Lenggong dan ladang Syamille Agro farm, Kg. Chuar Hulu, Kati.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai projek dan aktiviti penternakan lebah kelulut yang boleh menghasilkan produk madu lebah yang bernilai tinggi serta menjana pendapatan lumayan kepada petani. Lawatan ini dimulai dengan sessi taklimat oleh pegawai teknikal/pemasaran syarikat berkenaan dan disusulli dengan tinjauan di ladang.

26 Februari 2014, Pusat Kemajuan Peladang Selinsing-Semanggal, Kursus Pengurusan Perosak & Penyakit Musim 1/2014 dengan kerjasama Bahagian IADA Kerian telah dijalankan pada 21 Januari 2014 bertempat di PKP Selinsing-Semanggol dengan kehadiran 63 oarang pegawai termasuk pegawai dari Bahagian Pertanian, IADA Kerian, Pertubuhan Peladang Kawasan,Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Kerian.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai pengurusan padi angin, dan peramalan perosak & penyakit padi antaranya serangga bena perang, pelbagai jenis ulat, penyakit karah, hawar daun bakteria, siput gondang pomacea dan sebagainya,

Kursus ini dimulai dengan ceramah pertama 'Kawalan Padi Angin Menggunakan Clearfield Production System & Kesan Penggunaannya' oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Perosak & Penyakit Padi, MARDi dan disusuli ceramah kedua 'Peramalan Perosak & Penyakit Tanaman Padi Musim 1/2014 oleh En. Alias bin Ali, Penolong Pegawai Pertanian KUP, Unit Biosekuriti Tumbuhan, Parit Buntar.

Kursus ini berjaya memberi pengetahuan, kefahaman mengenai pengurusan padi angin dan ramalan ancaman perosak dan penyakit padi utama di Kerian pada musim akan datang kepada agen pengembangan blok dan pegawai teknikal IADA Kerian serta pegawai dari lain-lain agensi dibawah Kementerian & Industri Asas Tani

19 Februari 2014, Pusat Kemajuan Peladang Bagan Tiang-Parit Buntar, Program Kembali Ke Sawah Musim 1/2014 anjuran Pejabat Pertanian Kawasan Bagan Tiang-Parit Buntar telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Februari 2014 yang dihadiri oleh 80 orang petani.

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai pengurusan padi berhasil tinggi serta peranan dan tanggungjawab petani sebagai pengguna air dalam sistem pengairan dan saliran sawah.

Program ini dimulai dengan bacaan yassin & doa selamat dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kerian serta dua sessi ceramah. Program ini berjaya mencapai metlamatnya bagi memberi pengetahuan mengenai pengurusan dan faktor yang mempengaruhi pengeluaran padi berhasil tinggi serta memberi kesedaran peranan dan tanggungjawab petani dalam pengurusan air di sawah.

Hyperlink

MYGovernmentMOAMAMPUSUK PerakAgriculture Departmentagropartner

Scan QR Code

qr

 

Visitor Counter

Today 9

Yesterday 42

Week 239

Month 519

All : 705184

Contact Us

Perak Agriculture Department
Level 6, Bangunan Seri Perak,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel    : 05-242 6176 / 05-254 1999
Fax   : 05-242 6177 / 05-255 5324
Emaill : doaperak[at]gmail[dot]com

Last Updated : Thursday 27 February 2025, 00:52:35

Â